Friday, January 29, 2016

Merentas Desa 2016


Asal Usul Merentas Desa

Merentas desa adalah satu sukan yang melibatkan pasukan atau individu berlari pada pertandingan lapangan yang terbentang dengan melalui kawasan rupa bumi semulajadi. Lapangan ini yang biasanya berjarak 4-12 kilometer, mungkin termasuk permukaan melibatkan rumput dan bumi, melalui hutan dan kawasan desa yang terbentang, termasuk bukit, tanah rata dan kadang jalan berkerikil. Ia adalah sukan individu dan berpasukan; pelari dinilai berdasarkan masa individu dan markah pemberian untuk pasukan. Kedua-dua lelaki dan wanita peringkat semua umur bertanding dalam merentas desa dalam suasana alam yang pelbagai termasuk hujan, panas terik mahupun salji.

Ensiklopedia Wikipedia


Merentas desa (Menurut Persatuan Olahraga Malaysia)

Acara merentas desa adalah satu acara dimana individu dan pasukan berlari mengikut laluan melalui desa. Pelari-pelari boleh bertanding secara individu atau dalam pasukan. Satu larian boleh mengandungi kedua-dua jenis pertandingan.
Jarak yang dipertandingkan ditetapkan oleh pihak pengelola iaitu antara 2-5 km, atau 14.5 km atau berapa sahaja yang dipersetujui pengelola. Untuk memastikan skor pasukan, selepas larian perlumbaan, kedudukan ahli-ahli setiap pasukan akan dikira dan dijumlahkan. Pasukan yang mendapat jumlah terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Jikalau berlaku seri, pelari akhir dari pasukan yang mendahului pelari-pelari terakhir pasukan lain akan diberikan kedudukan yang lebih tinggi.


Program bermula jam 4.00 petang. Aktiviti pertama sebelum berlari (merentas desa) ialah memanaskan badan.  Cikgu Muniza bersama sekumpulan kecil murid memulakan acara di atas pentas.  Para peserta mengikut dengan gembira di dataran perhimpunan sekolah. Turut sama-sama bersenam ialah PK Kurikulum cikgu Anor bin Abu. Syabas..!


Di bawah adalah `rakaman' detik-detik kenangan program Merentas Desa SK Kubang Teduh 2016.  Saksikan. Jum cari gambar anda.  Jumpa tak?? 








Gembiranya anak-anak bersenam

Berbincang...."Agak-agak sapa menang tahun ni?...rumah Merah ka rumah Kuning, rasa-rasa Merah noo  tahun ni", barangkali itu yang dikatakan Ust Masayu kepada Ckgu Saudah.
"Ni beg kelabu sapa ni? Ganggu la saya nak menulis", tanya Cikgu Mazlina.  "Aik, bukan beg Kak Maz ka tu", jawab Pn Saliza.  Hihihi....
Urusetia (guru-guru SK Kubang Teduh) sedang melakukan semakan terakhir, borang-borang yang perlu  diisi, bilangan hakim dan peraturan (merentas desa) yang perlu `dihadami’ sebelum acara bermula.


Orang kuat PK KoKurikulum sedang serious berbincang…mungkin mahu membuat keputusan penting yang perlu disegerakan.

Satu `action' pemantauan yang serius dan sungguh2 oleh Pn Yusmita. ..dilakukan khusus dengan niat perjalanan merentas desa 2016 perlu lancar dan sempurna.  Syabas!





Maklumat dan peraturan perlu jelas sebelum pertandingan.  Murid-murid semua perlu berhati-hati ketika berlari...Jangan sampai jatuh bendang....atau tersadung dan tersembam dalam lumpur, sentiasa awas kerana ada jalan yang berlubang....demikian nasihat Cikgu Che Din kepada peserta.
Garisan penamat ditandakan….tanda lorong digantung pada kerusi.  Peserta perlu ikut lorong masing-masing agar hakim mudah menghakimi. 



Setelah penat berlari, merentas kampong dan desa, melalui ban dan batas bendang sawah yang kecil dan berhalangan…mereka semuanya berjaya kembali ke penamat.  Tahniah murid-murid SK Kubang Teduh! Anda Boleh!

Mereka yang menang akan diberikan nombor. Satu, dua, hingga sepuluh.  Peserta perlu laporkan ke meja pencatit agar nama mereka tercatat sebagai pemenang.
Markah-markah sedang dikira...siapa agaknya pemenang?
Jum, hilangkan dahaga..  :-)

PK KO juga membantu menghulurkan air kepada anak-anak dengan penuh mesra…“Terima kasih ustaz!”, pastinya begitulah bunyi suara hati anak-anak yang dahaga ini jika suara mereka didengari.

Taklimat ringkas sebelum keputusan diumumkan...
 
Hadiah2 kepada pemenang dimulakan oleh PK KO.

....diikuti dengan PK HEM..

PK Pentadbiran & Kurikulum.
Barisan Pentadbir SK Kubang Teduh.

Menemani Guru Besar menyampaikan medal kepada pemenang.


..dengan penuh bangga...JUARA merentas desa 2016..
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!

Penghujung acara ialah pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah. Medal dan piala pusingan. Medal disampaikan oleh Barisan Pentadbiran SK Kubang Teduh manakala Piasa Pusingan disampaikan oleh tuan Guru Besar.  Akhir sekali bergambar kenangan, dan majlis berakhir kira-kira jam 6.40 petang.

LAGI SEKALI.....buat anda...seluruh warga SK Kubang Teduh...







2 comments:

  1. Salam semua . Saya Cikgu Azmi bin Ibrahim. Kini bertugas di Klang, Selangor. Guru Praktikal di SK Kubang Teduh tahun 1999. Seingat saya GPK ketika itu ialah ustaz Ayob. Laluan ke sekolah masih lagi tanah merah.

    ReplyDelete