PERLAKSANAAN
6 AKTIVITI UTAMA INISIATIF PELUASAN PENGLIBATAN IBUBAPA DAN KOMUNITI (PIBK) TAHUN
2016
Salah satu
cadangan dalam 11 anjakan Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia ialah hubungan
kerjasama dengan ibubapa atau masyarakat di persekitaran sekolah. Anjakan tersebut berbunyi “Berkerjasama
dengan ibubapa, komuniti & sektor swasta secara meluas”. Justeru menyahut seruan, maka SK Kubang Teduh
merealisasikannya dengan menganjurkan sejumlah 4 majlis perjumpaan antara Guru
Besar dengan ibubapa Tahun 1 & 2, Tahun 3 & 4, ibubapa Tahun 5 dan
ibubapa Tahun 6. Sebanyak empat
perjumpaan bakal dianjurkan (2 sudah dilaksanakan) Kenapa buat (perjumpaan) banyak kali?? (bertujuan), agar pihak sekolah
berpeluang mengenali secara lebih deep,
deep, and deep (lebih dalam dan
erat) dengan ibubapa yang mana anak2 mereka belajar di sekolah ini.
Guru besar sedang memberikan ucapan. |
Ibubapa mendengar dengan `tekun'. |
…..”Kami (pihak sekolah) amat mengharapkan ibubapa memberikan kerjasama yang tidak berbelah bagi kepada SK Kubang Teduh, kerjasama dari tuan-tuan dan puan-puan sudah tentu akan mempengaruhi dan membantu, terutama aspek kecemerlangan pembelajaran anak-anak di sini. Kerana itu, pastinya kerjasama yang dihulurkan akan kami (pihak sekolah) junjung tinggi, akan kami hargai, akan kami sambut dan manfaatkan sungguh-sungguh demi kejayaan anak-anak. Justeru, pihak sekolah sangat mengalu-alukan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibubapa atas sambutan yang diberikan”, demikianlah barangkali antara ucapan dan harapan yang disuarakan oleh tuan Guru Besar SK Kubang Teduh, Encik Zamri bin Said.
Lawatan Pegawai Pendidikan Daerah pada 13hb Januari 2016
SK Kubang Teduh,
mengucapkan jutaan terima kasih atas `kejutan’ kehadiran tuan PPD Kota Setar
pada 13hb Januari, dan pegawai dari Unit Kaunseling JPN Kedah pada hari esoknya
(14hb Januari 2016) ketika persekolahan
baru sahaja `melayari’ sesi (2016) di minggu kedua. Warga SK Kubang Teduh, sesungguhnya merasa
berbesar hati dan seronok atas kunjungan tuan-tuan (Pegawai atasan) walaupun, pada awal-awalnya
kami merasa agak kelam kabut sikit sebab kedua-dua pegawai sampai pada waktu
yang ketika itu `siangnya’ masih kelam.
Sebelum pulang, (oleh-oleh buat kenangan warga sekolah) yang perlu `dipahat cetak’…maka berlakulah posing ini. Paling kanan, En Zamri bin Said tuan guru
besar, diikuti En Mohd Sabri tuan PPD Hem Kota Setar, Ustaz Razaini Awang PK
Kokurikulum dan penulis. Terima kasih dan senyum selalu...
Lawatan Pegawai Pendidikan Negeri pada 14hb Januari 2016
Program Budaya Penyayang
...berkelam-kelam subuh.. |
...saling 'melempar' & menghadiahi senyuman... |
...menyapa dan mengucap salam... |
Gambar-gambar
menunjukkan suasana masih gelap, apabila tuan Zulkifli dari Unit Kaunseling JPN
Kedah sampai. Beliau bersama-sama PK
Kokurikulum En Razaini Awang, Pn Shamshun (guru bertugas mingguan) dan juga
bersama seorang pengawal keselamatan sekolah sedang melakukan aktiviti program
sekolah penyayang.
...beransur terang...murid-murid bersalaman sebelum memasuki (gate) sekolah... |
...kian cerah & semakin siang.. |
...'budaya penyayang' beransur pergi apabila perginya `kelam dan gelap'... SK Kubang Teduh dapat Tahniah dari Pegawai pemantau. Terima kasih. |
No comments:
Post a Comment